CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

23 July 2008

PULANG KAMPUNG..!???


Satu perkara yang menggembirakan bila kita balik kampung setelah lebih sepuluh tahun tak pulang kampung.. tapi boleh ke tunggu sampai sepuluh tahun..? memang payah kan..! tapi takpa saya mau pulang kampung da ni... haha....! Apa yang ada di kampung..???? kengkawan semua dah bekerja, sambung study dan meranatau di seluruh MALAYSIA... tapi dorang tak tau ada blog untuk dorang kan..!!! KAMPUNG...!!!! yang tinggal cuma orang tua kita semua, keluarga kita serta generasi-generasi baru yang begitu bertekad untuk berjaya...! SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA...!!!! pastikan usaha berganda dan tidak memandang ringan setiap perkara... Perlu di ingat kejayaan adalah satu kebanggan yang memerlukan USAHA yang bersunguh-sungguh dan restu daripada yang maha berkuasa dan keluarga atau lebih dikenali sebagai REZEKI... Berbalik kepada cerita kampung..! kampung batutai pada dasarnya kita ketahui bahawa sebuah kampung yang agak dikenali di kawasan KUDAT dan KOTA MARUDU di mana ianya hasil daripada komitmen orang-orang yang mempolori kampung BATUTAI suatu ketika dahulu... Perlu kita bangga dengan BATUTAI..????? kenapa tidak kan..??? Orang kata "Hujan emas di negeri orang, Hujan Batu di negeri sendiri" Tapi memang baik berada di kampung halaman sendiri.. Penduduk batutai semuanya mempunyai talian keluarga walaupun terdapat sedikit perselisihan tetapi ianya bukan masalah utama sekiranya di bawa berbincang... kalau kita perhatikan dari pelbagai sudut... BATUTAI telah pun maju dengan usaha penduduk yang begitu tekun.. Apa yang ada..??? padang bola.. gelanggang sepak takraw, gelanggang bola tampar, dewan serbaguna, gelanggan badminton, meja ping pong dan trek joging (MINOMUJAL) haha...!!! dari segi pembangunan terdapat talian telefon tanpa wayar, bekalan elektrik dan bekalan air... tapi 3G belum lagi la... haha.. so..! memang kita membangun..! sektor ekonomi juga turut mantap dengan adanya pelbagai bantuan daripada kerajaan..

untuk generasi muda... jalan telah dibentuk...! perhatikan jalan yang betul dan jangan sesat di tengah jalan... teruskan usaha yang telah dimulakan sejak kebelakangan ini..


kepada penduduk yang berada di luar kampung... berilah kesempatan kepada diri sendiri untuk pulang ke kampung halaman untuk melawat keluarga dan sebagainya.. Yang berlalu biarkan berlalu.. jangan biarkan dendam dan perasaan benci menghantui fikiran kita.. JOM RAMAI-RAMAI PULANG KAMPUNG...! Buli pigi momukat... memancing... mangampalang di botung, timbak ikan di teringai dan sebagainya... INGAT ORANG TUA... INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG...!!!!!

0 comments: