CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

16 August 2009

BETUL KAH..???








KAMPUNG BATUTAI 17 OGOS 2009 - Kampung Batutai kini dihangatkan dengan pelbagai isu yang menarik perhatian sehinggakan terdapat spekulasi yang menguji sejauh mana kemampuan Kampung Batutai di persada Negeri SABAH. Jika di bandingkan dengan perkembangan semasa ianya tidak mangganggugugat situasi penduduk kampung, walau bagaimanapun ianya mengancam dan mencalarkan nama baik Kampung Batutai yang selama ini dihormati dan disanjungi oleh masyarakat di sekitar Pantai Barat Utara SABAH. Kehadiran pengaruh budaya Kuning 'Barat' secara global kepada Penduduk Kampung Batutai telah mengakibatkan satu lagi Tsunami kepada adat resam yang selama ini di pegang teguh oleh nenek moyang masyarakat Penduduk Batutai.
Pembabitan segelintir Remaja generasi baru kepada pelbagai masalah disiplin sedikit sebanyak telah menjejaskan kepercayaan warga emas penduduk Kampung Batutai kepada semua generasi baru yang bakal menerajui kepimpinan Kampung Batutai pada masa hadapan. Keselesaan yang selama ini dirasai sebagai penduduk Kampung Batutai kini makin pudar di bawa arus pengaruh budaya kuning yang semakin menikam, mencengkam dan mengancam kepada generasi-generasi baru yang begitu mudah untuk tunduk kepada kemeriahan duniawi yang hanya sementara.
Sebagai penduduk Kampung Batutai, sama-sama lah kita berusaha untuk mengikis dan menepis kehadiran budaya yang tidak akan diterima oleh masyarakat Kampung Batutai.

Hidup BATUTAI..!!! Satu Malaysia..!!! (macam-macam ada...)

0 comments: