CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

15 September 2009

"16 Sept" 1 Malaysia....!!!!




"Pada 14 Sept 09, Ketua Pemuda UMNO (K.J) telah memohon kepada kerajaan untuk mengiktiraf sambutan *16 September* agar di sambut secara besar besaran."

isu "16 Sept" sepatutnya telah disambut secara besar besaran sejak dari dulu lagi memandangkan ianya tarikh sebenar MALAYSIA ditubuhkan sejak penggabungan semua Negeri yang turut disertai oleh Sabah dan Sarawak. Isu Sambutan "16 Sept" muncul semula setelah wujudnya konsep "1 Malaysia". Tidak bermakna ianya tidak di iktiraf dan tidak disambut sebelum ini tetapi memandangkan konsep '1 Malaysia' sudah mula di terima oleh seluruh rakyat Malaysia maka ianya harus ditekankan lagi dan disambut semeriah "Hari Merdeka". kerana tarikh tersebut merupakan tarikh Keramat Malaysia dimana Penubuhan Perekutuan Malaysia bermula pada tarikh tersebut dan juga penyertaan Sabah & Sarawak dalam Malaysia.
konsep 1 Malaysia yang cuba di ketengahkan oleh YAB Datuk Seri NAJIB Tun RAZAK semasa perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri adalah tepat pada waktunya untuk mewujudkan dan mengeratkan lagi perpaduan kaum yang selama ini sudah terjalin. Beliau juga sekali gus tidak melupakan penglibatan dan sumbangan dari segi Politik dan Ekonomi daripada Sabah & Sarawak. Dengan suasana ini memang wajar Kerajaan untuk menaik taraf sambutan '16 Sept' sebagai seiring dengan sambutan Hari Merdeka bagi mengukuhkan lagi konsep '1 Malaysia' yang mana ianya menguatkan lagi semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
kita bukannya menolak dan mempertikaikan sambutan "Hari Merdeka" kerana Hari Merdeka adalah hari 'Keramat' yang menjadikan wujudnya keamanan Malaysia sehingga hari ini tetapi adalah lebih menarik dan unik pada pandangan Orang Luar sekali gus rakyat Malaysia sekiranya Malaysia mempunyai konsep mesra rakyat yang memperingati semua tarikh yang menjadikan Malaysia sebagai '1 Malaysia'.....!!!!!

0 comments: