CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

07 September 2009

IMBASAN SERANGAN 11.09.2001 (USA)




Serangan September 11, 2001 (yang juga dipanggil 9/11) terdiri dari beberapa siri serangan yang dilaksanakan secara teratur oleh puak Al-Qaeda, iaitu pengganas Islam. Serangan ini dilancarkan di Amerika Syarikat pada hari Selasa, 11 September, 2001.
Pada pagi hari itu, 19 pengganas [1] , kesemuanya ahli puak Al-Qaeda [2], telah merampas empat pesawat komersial. Setiap kumpulan pengganas itu mempunyai satu juruterbang terlatih. Pengganas-pengganas ini secara sengaja telah menyebabkan dua pesawat (Penerbangan 175 United Airlines dan Penerbangan 11 American Airlines) terhempas ke dalam bangunan World Trade Center di Bandar raya New York, di mana satu pesawat telah melanggar bangunan Utara manakala satu lagi pesawat telah melanggar bangunan Selatan. Ini telah menyebabkan keruntuhan dua bangunan tersebut, di samping daripada mengakibatkan kerosakan yang banyak kepada bangunan yang berdekatan. Pengganas-pengganas Al-Qaeda itu juga telah menghempaskan pesawat ketiga (Penerbangan 77 American Airlines) ke dalam bangunan Pentagon di Arlington County, Virginia, berhampiran dengan Washington D.C. Penumpang dan anak kapal pesawat keempat (Penerbangan 93 United Airlines) telah cuba mengambil alih pesawat mereka daripada pengganas [3]. Pesawat itu terhempas di Shanksville, Pennsylvania. Tidak termasuk 19 pengganas tersebut, 2974 orang telah meninggal dunia sejurus selepas serangan itu. 24 orang yang lain hilang dan disangka mati.

Empat pesawat komersial telah dirampas dalam perjalanan ke California dari Lapangan Terbang Antarabangsa Logan di Boston, Massachusetts; Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles di Washington, D.C., Virginia dan Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty di Newark, New Jersey. Keempat-empat pesawat ini mempunyai bahan bakar (fuel) sebanyak 91,000 liter. [4] Dua daripada pesawat itu telah diterbangkan ke dalam World Trade Center, di mana satu telah diterbangkan ke dalam Bangunan Utara, dan satu lagi ke dalam Bangunan Selatan. Pesawat ketiga telah diterbangkan ke dalam the Pentagon, dan pesawat yang keempat telah terhempas di sebuah kawasan berhampiran dengan Shanksville di Pennsylvania.
Penerbangan 11 American Airlines, sebuah Boeing 767-200[5] berbadan lebar, yang telah terhempas ke dalam Bangunan Utara World Trade Center, pada pukul 8:46:30 pagi waktu tempatan, dan telah merempuh tingkat 94-98 bangunan itu. [6]
Penerbangan 175 United Airlines, sebuah Boeing 767-200,[7] yang telah merempuh tingkat 78-84th bangunan South Tower pada pukul 9:02:59 pagi waktu tempatan, sebuah peristiwa yang telah meliputi penyiar televisyen dan pefilem profesional di seluruh dunia. [8]
Penerbangan 77 American Airlines, sebuah Boeing 757-200[9] yang telah terhempas ke dalam bangunan Pentagon pada pukul 9:37:46 waktu tempatan.
Penerbangan 93 United Airlines, sebuah Boeing 757-200,[10] yang telah terhempas ke dalam sebuah padang di bahagian barat daya Pennsylvania hanya di luar Shanksville, yang terletak lebih kurang 240 km (150 batu) barat laut dari Washington, D.C., pada pukul 10:03:11 pagi waktu tempatan. Penghempasan pesawat ini adalah disebabkan oleh tindakan penumpang dan anak kapal pesawat itu yang telah cuba mengambil alih pesawat mereka daripada pengganas. 18 orang telah menaiki 4 buah pesawat untuk menyerang 4 lokasi penting di Amerika Syarikat. Mereka ialah Mohammed Atta, Abdul Aziz Alomari, Walid Al-Shehri, Satam Al-Suqami, Hani Hanjour dan Ahmed al al-Ghamdi dan lain-lain.
Yazid Sufaat dari Malaysia dikatakan turut terlibat.

Dianggarkan seramai 2,986 nyawa terkorban (termasuk di dalam kapal terbang tersebut) dalam serangan domestik yang paling teruk di Amerika Syarikat. Malah, kadar kematian ini melebihi mereka yang terbunuh selepas serangan ke atas Pearl Harbor oleh tentera Jepun pada 7 Disember, 1941. Serangan 9/11 telah mengubah secara mengejut dasar luar Amerika Syarikat. Selepas peristiwa tersebut Amerika Syarikat telah mempersalahkan al-Qaeda ke atas serngan-serangan ke atas New York dan Washington D.C.
Sebagai tindakan balas, Amerika Syarikat melancarkan perang habis-habisan terhadap pengganas Islam di seluruh dunia. Gerakan ini dimulakan dengan serangan terhadap kerajaan Taliban di Afghanistan dengan alasan kerajaan Taliban memberikan perlindungan kepada al-Qaeda dan membenarkan wilayah Afghanisatan digunakan sebagai markas latihan Al Qaeda serta membeanrkan wilayah Afghanisastan digunakan sebagai tapak pelancaran serangan ke atas kepentingan Amerika Syarikat.
Presiden George Bush juga mengaitkan Al Qaeda dengan Iraq dan menggunakan kaitan ini untuk memberikan alasan untuknya menyerang Iraq dengan menggunakan, antara lainnya, alasan bahawa kerajaan Iraq pimpinan Saddam Hussein telah membantu kumpulan al-Qaeda, walaupun ini kemudiannya terbukti palsu. Menurut laporan rasmi Suruhanjaya 9/11, sembilan belas lelaki yang merupakan ahli kumpulan al-Qaeda, telah merampas empat kapal terbang komersil di mana dua kapal terbang tersebut telah dihempas kepada dua menara di World Trade Center di Manhattan, New York City, lalu meruntuhkan kedua-dua menaranya. Kapal terbang ketiga pula terhempas di ibu pejabat Kementerian Pertahanan A.S. di Pentagon di Arlington County, Virginia, berhampiran dengan pusat pentadbiran Amerika Syarikat iaitu, Washington DC. Manakala kapal terbang yang keempat terhempas 'dengan selamatnya' di sebuah ladang berhampiran Shanksville, Pennsylvania.

0 comments: