CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

18 August 2010

POLITIK SEMASA SABAH..!!

Pergolakan parti komponen BN Sabah kini dilihat sebagai satu tahap yang membimbangkan dimana perebutan kerusi diantara komponen semakin menjadi-jadi. Isu terbaru adalah perebutan kerusi P.173 PUTATAN diantara UMNO dan UPKO. Kerusi tersebut kini di sandang oleh UPKO dan khabar angin menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO begitu lantang menyuarakan hasrat mereka ke pucuk pimpinan tertinggi UMNO untuk mengambil alih kerusi tersebut daripada UPKO.

UPKO yang kini menjadi tertekan atas tindak-tanduk segelintir pemimpin UMNO di kawasan P.173 PUTATAN yang terus berusaha merebut kerusi tersebut telah membantah secara tegas pada Konvensyen yang dilangsungkan baru-baru ini.

Selepas UPKO menegaskan untuk mempertahankan kerusi tersebut, pemimpin-pemimpin UMNO dan UPKO kini mula saling membidas di muka akhbar-akhbar tempatan dan masing-masing menyatakan mereka berada di kedudukan yang betul untuk menyatakan fakta-fakta yang terlibat.

Perselisihan faham ini, sangat menggembirakan pihak pembangkang yang hanya menunggu masa untuk bertindak di sebalik kelemahan-kelemahan yang di buat oleh komponen BN secara terang-terangan.

Sebagai rakyat yang tidak mampu bertindak untuk menenangkan keadaan isu politik yang semakin bermutasi, maka campur tangan daripada pemimpin yang sepatutnya adalah di harapkan demi masa depan negeri SABAH dan Rakyatnya.

0 comments: