CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

29 June 2008

SAJA-SAJA...!

Yudui @ Opin @ Matin


Kita bercerita mengenai keamanan setempat... apa yang berlaku di BATUTAI kini adalah satu revolusi yang mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi perubahan yang dialami oleh generasi baru walau pun pada dasarnya ianya telah dibentuk oleh "Pendahulu" atau lebih dikenali dengan dengan "Orang Lama". Apa yang kita harus lihat ialah dari segi perspektif ekonomi, ekonomi di BATUTAI kini mula dirasai pembangunannya dengan terdapatnya bantuan kerajaan dari segi penanaman GETAH dan KELAPA SAWIT yang pada mulanya para penduduk mengalami sedikit persefahaman yang boleh mengganggu gugat kelancaran projek tersebut. tetapi kita patut bersyukur kerana ianya telah berjaya di jalankan dan hampir mengeluarkan hasil bagi GETAH dan KELAPA SAWIT pula telah mendapat hasil dan memberikan satu lagi Peningkatan Ekonomi Penduduk BATUTAI. Mengenai cerita politik setempat, BATUTAI mempunyai pengaruh politik yang agak memberangsangkan dengan adanya "P.R" Perhubungan yang baik dengan ahli politik atasan, namun demikian terdapat perselisihan faham mengenai perbezaan politik yang membabitkan perebutan Jawatankuasa tempatan. Dengan adanya pemikiran secara terbuka yang kini di peraktikkan oleh penduduk BATUTAI masalah itu dapat diselesaikan dengan perbincangan yang boleh di anggap baik. Dengan adanya kestabilan Politik setempat ianya secara tidak langsung memberi kesan yang baik terhadap pembangunan ekonomi di kampung BATUTAI. Kita boleh katakan BATUTAI adalah salah sebuah kampung yang agak membangun walau pun pada hakikatnya masih ketinggalan dari segi insfratuktur berbanding dengan kampung-kampung yang bersebelahan tetapi kita harus ingat KEAMANAN kampung perlu di titik beratkan.. Saya bangga dengan apa yang ada di BATUTAI kerana masalah SOSIAL tidak berjaya menular secara meluas.. Sebagai penduduk atau pun generasi baru BATUTAI kita seharusnya mengekalkan keamanan dan persefahaman diantara semua penduduk kampung agar ianya akan berkekalan sepanjang hayat dan di nikmati oleh generasi-generasi baru yang akan menerajui kepimpinan kampung BATUTAI... kita seharusnya menolak perbezaan fahaman POLITIK, perbezaan KEPERCAYAAN AGAMA, perbezaan taraf ekonomi untuk membangunkan semangat kejiranan yang tinggi untuk melahirkan masyarakat yang makmur...! Perbezaan ekonomi akan terhapus sekiranya terdapat usaha dalam membangunkan apa yang ada di BATUTAI sekarang.. PERCAYALAH...!
(Tandaha si Lamat)

0 comments: