CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

01 July 2008

HARGA MINYAK....?


"DATANG DAN PERGI" satu ungkapan yang penuh pengertian,.. ianya satu ungkapan yang membawa satu pengertian bagi tiap-tiap individu yang mempunyai satu kenangan yang menggembirakan atau sebaliknya.. DATANG merupakan kehadiran sesuatu yang berbentuk rohani dan fizikal yang mempunyai nilai keperibadian secara emosi. Ianya juga sukar untuk digambarkan melalui penilaian sekali imbas... Cehwah....! mengarut betul kan..??? Sekarang adalah masa untuk berjimat cermat kerana negara kita menghadapi krisis ekonomi yang tidak memberangsangkan... tambahan pula kenaikkan harga bahan bakar... kenaikkan harga bahan bakar ini telah menjejaskan sedikit-sebanyak ekonomi penduduk BATUTAI kan? kan??? Kalau sekarang "TAMBANG" Bas dan Van sapu tak lupa juga KANCIL sapu telah menaikkan harga 'TAMBANG" ke Pekan KOTA MARUDU dari RM1.50 @ RM2 ke RM2.50 hingga RM3 (diorang cakap la saya tidak tau)... Jadi kita sebagai penduduk BATUTAI yang tidak begitu mempunyai perbelanjaan yang cukup harus 'BERJIMAT CERMAT".. cara-caranya seperti berikut :-

1. Jangan keluar ke pekan tanpa urusan penting.

2. jangan berhutang 'KINUPI' atau yang sewaktu dengannya.

3. Bercucuk tanam untuk mengelakkan perbelanjaan.

4. Beli barang keperluan dan bukan barang kehendak.

5. LU PIKIR LA SENDIRI (nabil punya ayat)

Jadi apa ke jadahnya kita membazir duit untuk "Barang" yang tidak memberi faedah kepada kesihatan dan kehidupan kita... Oleh yang demikian, saya menyeru semua penduduk BATUTAI berjimat la ANDA sebelum kita semua merana dengan kenaikkan harga barangan keperluan harian secara mendadak...!

Buktikan kita sebagai penduduk BATUTAI yang bertamadun dan berwawasan....!!!!

0 comments: