Facebook merupakan sebuah
tapak web rangkaian sosial yang membenarkan orang untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka dan saling bertukar maklumat. Facebook diasaskan pada
4 Februari 2004 oleh
Mark Zuckerberg, seorang bekas ahli kelas
Harvard tahun
2006 dan seorang bekas pelajar
Ardsley High School. Mula-mulanya keahlian hanya dibuka kepada para mahasiswa
Kolej Harvard. Selepas itu rangkaian sosial ini berkembang ke sekolah-sekolah kawasan Boston yang lain (
Kolej Boston,
Universiti Boston,
Universiti Harvard,
Universiti Northeastern,
Universiti Tufts),
Rochester,
Stanford,
NYU,
Northwestern, dan semua sekolah
Liga Ivy dalam masa dua bulan. Banyak universiti individu ditambah dengan pantas pada tahun yang seterusnya. Akhirnya, orang yang mempunyai
alamat e-mel universiti (misalnya .edu) daripada institusi di seluruh dunia layak menyertai
Facebook. Sejak
11 September 2006, rangkaian sosial ini disediakan kepada sesiapa yang mempunyai alamat e-mel, jika mereka berada dalam lingkungan umur yang tertentu. Pengguna bolah memilih untuk menyertai satu atau lebih rangkaian, seperti
sekolah menengah, tempat bekerja, atau kawasan geografi.
0 comments:
Post a Comment